Mesyuarat Agung Kali Pertama KELAB BELIA IDEALIS TAWANG

MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA KELAB BELIA IDEALIS TAWANG(KEBINTANG) Kelantan 02 MEI 2019BACHOK, 02 MEI 2019
Kelab Belia Idealis Tawang(KEBINTAMG)yang telah diluluskan pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan Persatuan Belia 2007 telahpun mengadakan Mesyuarat Agung Kali-1 bertempat di PEJABAT KEBINTANG di Kg Pondok Beris Kubor Besar,Bachok,KelantanMesyuarat kali-1 itu berjaya mengumpulkan sebilang besar belia – belia Kampung di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) TAWANG serta penduduk kampung tersebut. Pelbagai agenda telah disusun di dalam mesyuarat ini termasuklah perlantikan Jawatankuasa Tertinggi Kelab Belia Idealis Tawang. Turut disentuh adalah peranan jawatankuasa serta penglibatan ahli dalam program yang bakal dilaksanakan serta komitmen untuk terus menyokong aktiviti – aktiviti yang telah dirancang. Dalam pada itu, sokongan penduduk setempat juga memainkan peranan memastikan kelab tersebut bergerak aktif.
Sebelum mengadakan MAT kali pertama pada sebelah malam,kelab belia Idealis Tawang telahpun mengadakan aktiviti pertamanya iaitu dengan mengadakan program bersama Jawatankuasa Kariah Madrasah Tn Guru Hj Awang Noh beserta penduduk kampung dengan mengadakan program Gotong royong Perdana sempena kedatangan bulan Ramadhan agar masyarakat tempatan melakukan amal ibadat di bulan yang penuh keberkatsn itu dalam keadaan selesa ,sejahtera tanpa ada gangguan kesihatan yang berpunca dari persekitaran yang kurang bersih.
Mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh saudara Mohd Zulhazmi B Hassan iaitu Timbalan Ketua Pemuda Pakatan Harapan Negeri Kelantan. Turut hadir Encik Abdul Hafeez B Abdullah(exco Majlos Belia Malaysia) selaku pemerhati MAT Kali Pertama KEBINTANGDISEDIAKAN OLEH : Mohammad Zuhaili B Abdul A’Alim
Setiausaha KEBINTANG

Leave a comment